Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 12/10/2018

628

Pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/JPY dilihat agak mendatar semalam di mana kedua-dua matawang Sterling dan Yen masih positif dalam pasaran semasa. GBP yang mengukuh ekoran rundingan Brexit yang positif cuba untuk melonjakkan harga namun matawang JPY yang mendapat permintaan di atas pasaran yang berisiko kembali menekan harga semula. Jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam namun kembali turun semula sehingga ke paras sekitar 147.900 sebelum menutup harga sedikit tinggi dari paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan di sekitar paras Magic Pivot 148.292 pada awal permulaan sesi kelihatan terus membuat kenaikan sehingga ke sesi pasaran Eropah dan telah melepasi paras resistance 148.770 (MagicR1) di mana harga dilihat cuba menguji paras resistance 149.000 setakat jam 3.11 petang. Harga yang membuat kenaikan sepertinya akan menuju ke paras resistance 149.258 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line. Dan jika harga berjaya meneruskan momentum kenaikan yang dibuat sejak awal sesi pasaran Asia tadi, harga berkemungkinan mampu untuk mencapai paras ketinggian ke resistance 149.736 (MagicR3) dan membuat Higher High yang baru mengatasi paras ketinggian yang dicapai pada September lalu.

Namun begitu, jika harga gagal mengekalkan kenaikan harga yang dibuat, harga berkemungkinan akan membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot 148.292 hari ini seterusnya menuju ke paras support 147.804 (MagicS1). Kemudiannya, penurunan harga seterusnya bakal mencecah ke paras support yang lebih rendah iaitu dilihat pada paras 147.326 (MagicS2). Jika harga berjaya menembusi paras tersebut dan membuat Lower Low yang baru, paras support 146.838 (MagicS3) dilihat sebagai paras yang akan dituju harga seterusnya.

Kekal mengikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/JPY ini. Indicator Moshed Magic Line membantu anda menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/JPY dan juga untuk setiap posisi dagangan anda yang lain.

 

Paras support: 147.804, 147.326, 146.838.

Paras resistance: 148.770, 149.258, 149.736.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat