Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 12/11/2018

660

Setelah pergerakan yang konsisten membuat kenaikan sejak permulaan minggu lalu pada chart pasangan matawang GBP/JPY sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 149.400, harga akhirnya membuat penurunan semula pada dagangan penghujung minggu. Setelah perkembangan Brexit yang dilaporkan positif sejak awal minggu kemudiannya kembali menimbulkan kembali kebimbangan terhadap pelabur sekaligus membuatkan matawang Sterling mengalami kejatuhan nilai sementara Yen pula digerakkan berdasarkan perubahan sentimen semasa dalam pasaran. Pada dagangan Jumaat, harga pada chart GBP/JPY telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line hari tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, seperti beberapa chart pasangan matawang yang lain, GBP/JPY turut terlihat jarak (gap) pada pembukaan harga untuk permulaan dagangan minggu ini. Harga memulakan dagangan sekitar paras support 147.048 (MagicS1) dan terus membuat kenaikan seawal sesi bermula menuju ke paras Magic Pivot 148.065 hari ini. Namun, setelah harga menutup jarak (gap) harga sekitar paras 147.600, harga kembali membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS1 bersambung pada sesi pasaran Eropah. Harga semasa berada pada paras 146.770 setakat jam 3.56 petang. Harga yang dilihat mengekalkan momentum penurunan harga bakal menuju ke support 146.483 (MagicS2) dan seterusnya jika harga masih meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan menguji paras support pada 145.466 (MagicS3) yang berada pada paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY.

Namun, sebaliknya jika Sterling kembali mengukuh dan berjaya melonjakkan harga melepasi paras Magic Pivot 148.065, jangkaan kenaikan harga bakal menuju ke paras resistance terdekat pada 148.630 (MagicR1). Kemudiannya pasaran akan kembali tertumpu pada zon resistance pada chart GBP/JPY sebelum ini di mana harga berkemungkinan akan menguji paras resistance 149.647 (MagicR2) untuk mengatasi paras ketinggian harga semasa. Dan jika harga mampu breakout paras tersebut, paras ketinggian yang baru bakal dicatatkan harga berkemungkinan kenaikan mencapai paras sekitar 150.212 (MagicR3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit di mana keyakinan pelabur terhadap rundingan tersebut dijangka semakin pudar dan bakal memberi kesan terhadap matawang Sterling. Di samping itu juga, beri tumpuan terhadap perubahan sentimen dalam pasaran semasa yang memberi impak kepada matawang Yen. Rujuk pada indicator Moshed Magic Line dalam mencari posisi dagangan yang terbaik pada chart GBP/JPY anda.

 

Paras support: 147.048, 148.483, 145.466.

Paras resistance: 148.630, 149.647, 150.212.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat