Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 12/12/2018

362

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY turut menunjukkan penurunan drastik harga ekoran kejatuhan nilai matawang GBP pada dagangan minggu ini. Harga turun sehingga melebihi 200 pips penurunan pada dagangan Isnin setelah Perdana Menteri Britain Theresa May menangguhkan undian Parlimen Britain yang sepatutnya dijadualkan berlangsung semalam. Pada dagangan semalam, harga dilihat membuat pembetulan harga (correction) ke paras Magic Pivot sebelum kembali turun semula ke paras terendah harga pada dagangan hari sebelumnya di sekitar support 141.500.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat membuat kenaikan dari paras terendah harga dagangan semalam dan menuju ke paras Magic Pivot 141.988 hari ini namun harga dilihat gagal melepasi paras tersebut pada awal dagangan sesi Eropah. Jika harga berjaya meneruskan kembali penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras support 141.053 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum sedikit lagi penurunan yang disambung akan menyentuh paras support pada 140.559 (MagicS2) pula. Namun, jika Sterling terus didagangkan merosot dan terus mengalami kejatuhan nilai, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras terendah yang baru serendah 139.624 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 141.988 semula, harga akan menguji dahulu paras resistance terhampir iaitu pada 142.482 (MagicR1). Jika harga berjaya melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga dipercayai akan melonjak sehingga ke paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY iaitu sekitar 143.417 (MagicR2) yang turut dilihat berpotensi untuk menjadi paras RBS (resistance become support) yang baru pada chart GBP/JPY ini. Sedikit lagi kenaikan harga bakal menyentuh paras resistance 143.911 (MagicR3) yang berada di paras lebih tinggi.

Terus ikuti perkembangan pada isu Brexit yang dilihat semakin goyah setelah PM May menangguhkan undian Parlimen. Berwaspada jika anda terus memilih dagangan Sterling dan jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan pada chart GBP/JPY anda bagi menentukan paras-paras terbaik untuk peluang posisi dagangan harian.

 

Paras support: 141.053, 140.559, 139.624.

Paras resistance: 142.482, 143.417, 143.911.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat