Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 13/11/2018

662

Matawang GBP terus didagangkan berisiko pada dagangan Isnin setelah perkembangan semasa Brexit membuatkan keyakinan para pelabur terhadap rundingan tersebut semakin pudar. Sementara itu, Yen yang mengukuh di tengah keadaan pasaran semasa yang berisiko berjaya menekan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk harga menyambung penurunan yang dilakukan pada minggu lalu. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga telah membuat penurunan sehingga melepasi paras support MagicS2 pada sesi dagangan semalam. Walaupun Ketua Perunding Brexit, Barnier cuba menyampaikan mesej yang positif terhadap perkembangan rundingan tersebut, harga yang berjaya melonjak sehingga 100 pips kenaikan kembali membuat penurunan semula ke paras terendah harga dagangan semalam dan menutup harga di sekitarnya.

Pada pasaran Asia hari ini, harga membuat kenaikan seawal sesi bermula sehingga melepasi paras Magic Pivot 146.640 hari ini dan menyambung kenaikan ke sesi pasaran Eropah dan dilihat cuba melepasi paras resistance 147.205 (MagicR1). Momentum kenaikan harga yang diteruskan bakal menuju ke paras resistance lebih tinggi sekitar paras 148.146 (MagicR2). Dan seterusnya, paras resistance 148.711 (MagicR3) yang berada lebih tinggi dilihat bakal menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya jika kenaikan harga pada chart GBP/JPY masih dikekalkan.

Sebaliknya, jika Yen kembali mengukuh dan menekan semula harga, jangkaan penurunan harga bakal bergerak melepasi paras Magic Pivot 146.640 dan menuju ke paras support terdekat pada paras 145.699 (MagicS1) yang merupakan paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY. Jika harga masih meneruskan penurunan, paras support pada 145.134 (MagicS2) berkemungkinan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya. Dan sekiranya Sterling terus mengalami kejatuhan nilai ditambah pula tekanan daripada pengukuhan Yen, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras serendah 144.193 (MagicS3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi tumpuan pelabur dalam pasaran semasa dan tidak lupa juga memantau perubahan dalam sentimen semasa pasaran bagi membantu anda melihat kecenderungan pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Lihat paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY untuk membandingkan keberkesanan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 145.699, 145.134, 144.193.

Paras resistance: 147.205, 148.146, 148.711.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat