Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 13/12/2018

514

Dalam kegoyahan kepimpinan Perdana Menteri Britain Theresa May, perkembangan isu Brexit masih memberikan nafas lega setelah undian tidak-percaya (no-confidence) masih memihak kepada PM May. Matawang Sterling yang menjunam awal minggu ini ekoran penangguhan undian Parlimen Britain oleh PM May kembali membuat lonjakan pada dagangan semalam. Dilihat pergerakan harga pada chart GBP/JPY, harga membuat lonjakan dari paras terendah sekitar 141.600 melepasi paras Magic Pivot sebelum lonjakan diteruskan sehingga ke paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam dan menguji paras tersebut sehingga ke penghujung sesi pasaran New York sebelum dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan mendatar di sekitar paras harga 143.100 sehingga bersambung pada awal sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya menyambung kenaikan semalam, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 143.770 (MagicR1) yang berada berhampiran sebelum kenaikan lebih tinggi dilihat akan menguji paras resistance 144.592 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Seterusnya, pasaran akan menunggu reaksi harga pada resistance 145.741 (MagicR3) pada kenaikan seterusnya di mana paras tersebut gagal ditembusi harga pada dagangan penghujung November lalu.

Namun, jika Brexit kembali memberikan khabar berita yang kurang menyenangkan pasaran, jangkaan harga akan kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini dan menuju ke paras support 141.799 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan cuba mengatasi paras terendah semasa pada chart GBP/JPY ini dan berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 140.650 (MagicS2). Penurunan harga seterusnya bakal mencatatkan paras terendah yang baru dan berpotensi mencecah sehingga ke paras sekitar 139.828 (MagicS3).

Pantau perkembangan isu Brexit dan juga sentimen semasa dalam pasaran jika anda memilih posisi dagangan pada GBP/JPY. Rujuk indicator Moshed Magic Line untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti sebelum anda memasuki pasaran.

 

Paras support: 141.799, 140.650, 139.828.

Paras resistance: 143.770, 144.592, 145.741.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat