Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 14/1/2019

508

Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan Jumaat telah menunjukkan kenaikan harga dari paras support 137.600 sehingga kembali menguji paras SBR (support become resistance) pada 139.500. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, kenaikan harga dari paras Magic Pivot telah melepasi kenaikan pada paras resistance MagicR2 dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras SBR 139.500. Lonjakan harga tersebut didorong oleh laporan bahawa Britain akan memohon untuk menangguhkan tarikh rasmi pengunduran dari Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac nanti. Laporan tersebut telah kembali meningkatkan nilai dagangan Sterling namun pelabur masih berwaspada berikutan kebimbangan pada isu Brexit masih dirasai.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga pada USD/JPY yang memulakan dagangan sekitar paras SBR 139.500 kemudian telah membuat penurunan sehingga ke paras Magic Pivot 138.796 hari ini berikutan data imbangan dagangan di China yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan bacaan yang membimbangkan. Kadar eksport dan import barangan China merudum jauh meleset daripada jangkaan kenaikan oleh pasaran. Situasi ini dilihat akan kembali menimbulkan risiko dalam pasaran semasa seterusnya bakal membuatkan Yen mendapat permintaan semula berikutan pelabur akan beralih kepada aset yang lebih selamat. Jika harga terus turun lebih rendah dari paras Magic Pivot, jangkaan awal penurunan harga akan menuju ke paras support pada 138.112 (MagicS1) sebelum kembali menguji paras tumpuan pada 137.600. Harga yang menyambung penurunan lebih rendah dijangka akan menuju pula ke paras support pada sekitar 136.941 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga akan melihatkan harga menyentuh paras support 136.257 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga gagal membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga berkemungkinan menyambung kenaikan harga pada dagangan penghujung minggu lalu dan menuju ke paras resistance 139.967 (MagicR1) mengatasi paras ketinggian pada SBR 139.500. Seterusnya harga dijangka akan meneruskan kenaikan menguji pula paras resistance pada 140.651 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mampu mengekalkan lonjakan, harga berkemungkinan akan menuju ke zon tumpuan harga pada sekitar paras 141.822 (MagicR3) dan berpotensi membentuk zon SBR yang baru pada chart GBP/JPY.

Ikuti perkembangan Brexit yang masih menjadi tumpuan utama pasaran sementara anda memantau faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan pada sentimen pasaran semasa. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line untuk anda melihat sendiri keberkesanan paras-paras yang telah digariskan khususnya pada chart GBP/JPY dan meningkatkan kualiti pada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 138.112, 136.941, 136.257.

Paras resistance: 139.967, 140.651, 141.822.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat