Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 15/11/2018

777

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY turut terkesan oleh perkembangan rundingan Brexit semalam yang menjadi tumpuan utama dalam pasaran. Pergerakan turun naik harga agak tidak menentu (volatile) dengan keputusan semasa pada rundingan Brexit agak bercampur-campur tambahan lagi dengan data inflasi UK petang semalam yang mencatatkan bacaan yang lemah. Namun, secara keseluruhan, keyakinan pelabur terhadap rundingan Brexit yang positif masih menyokong matawang Sterling buat masa ini. Harga pada chart GBP/JPY semalam bergerak turun naik di sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam dengan julat pergerakan yang agak besar.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan sejak awal sesi dagangan bermula dan cuba untuk membuat sedikit kenaikan, namun harga kembali membuat penurunan ke paras Magic Pivot semula setelah pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 148.548 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga dilihat akan cuba menguji paras 149.542 (MagicR2) yang berada pada zon major resistance pada chart GBP/JPY yang masih belum berjaya ditembusi harga sebelum ini. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut dan membuat kenaikan lebih tinggi, harga bakal mencatatkan ketinggian baru pada chart GBP/JPY berkemungkinan menjadikan paras resistance 150.658 (MagicR3) sebagai destinasi kenaikan harga seterusnya.

Namun, jika harga berjaya membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan menguji paras support terdekat iaitu pada paras 146.438 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan meneruskan penurunan ke paras tumpuan harga yang seterusnya dan dilihat paras support pada 145.322 (MagicS2) akan menjadi sasaran destinasi yang seterusnya. Dan sekiranya momentum penurunan tersebut berjaya dikekalkan, penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras 144.328 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang telah berada di fasa-fasa akhir rundingan. Perhatikan juga perubahan pada sentimen semasa pasaran yang turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap untuk analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 146.438, 145.322, 144.328.

Paras resistance: 148.548, 149.542, 150.658.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat