Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 15/8/2018

1,141

 

Sentimen semasa bagi matawang GBP agak tidak menentu pada minggu ini dan masih didagangkan lemah. Namun harga bagi GBP/JPY dilihat membuat sedikit kenaikan semalam semenjak penurunan yang dibuat dari awal bulan Ogos ini.

Berkemungkinan akan masih ada permintaan bagi matawang JPY atas faktor jangkaan pasaran masih dalam keadaan risk-off berikutan kebimbangan mengenai krisis kewangan Turki. Harga bergerak lemah sejak awal sesi pasaran Asia dan London dibuka di mana harga semasa bergerak di zon 141.500 sekitar jam 4.30 petang.

Dari segi teknikal, GBPJPY dilihat bergerak perlahan dan masih berada dalam julat harga semalam di antara 142.462-140.830. Harga masih tidak berjaya menembusi (breakout) Moving Average 200 (MA200) dan jika sentimen semasa menyokong matawang JPY serta GBP terus didagangkan lemah, harga berkemungkinan akan ditekan lebih rendah lagi.

Tumpuan adalah pada support sebelum ini di paras 140.200 dan jika harga berjaya menembusi support tersebut, harga berpotensi untuk turun ke paras 139.00 atau lebih rendah lagi.

Paras support: 140.595, 139.896, 138.963.

Paras resistance: 142.227, 143.160, 143.859.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat