Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 17/1/2019

609

Dagangan Sterling pada Rabu dilihat lebih mengukuh berbanding Yen di mana pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY telah membuat kenaikan sehingga kembali ke paras ketinggian harga sebelum harga membuat terjunan menjelang pengumuman keputusan undian Brexit. Harga telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot semalam dan berjaya melepasi paras ketinggian pada 140.500 namun tidak berjaya menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Laporan kemenangan PM May dalam undian-keyakinan (no-confidence vote) telah menambahkan lagi faktor untuk Sterling mengukuh dalam dagangan jangka masa terdekat ini walaupun keputusan undian akhir Parlimen sebelum ini tidak memihak kepada beliau.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga mula bergerak perlahan dan sedikit menurun ke paras Magic Pivot 140.039 hari ini sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga kembali meneruskan kenaikan harga, paras resistance pada 141.095 (MagicR1) dilihat paras awal yang akan dituju harga. Seterusnya, harga akan menuju pula ke paras tumpuan harga sekitar 141.754 (MagicR2) jika Sterling masih berjaya mengekalkan pengukuhannya berbanding Yen. Dan sekiranya momentum kenaikan tersebut berterusan, harga berpotensi mencapai paras ketinggian baru pada chart GBP/JPY sehingga ke paras sekitar 142.810 (MagicR3).

Sebaliknya jika Sterling mula menunjukkan kejatuhan pada nilai dagangannya, Yen bakal mengambil kesempatan untuk menekan semula harga dan harga berkemungkinan akan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 140.039 sebelum menuju ke paras support pada 139.380 (MagicS1). Seterusnya, harga dijangka akan turun lebih rendah lagi ke paras sekitar 138.324 (MagicS2) sebelum pasaran akan menyaksikan harga sekali lagi kembali menguji paras support sekitar 137.665 (MagicS3) yang masih gagal ditembusi harga sepanjang diuji pada dagangan Januari ini.

Terus pantau perkembangan pada isu Brexit yang masih berterusan walaupun undian Parlimen telah terjawab. Tindakan susulan PM May akan terus memberi kesan terhadap nilai dagangan Sterling dalam pasaran semasa. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap pada chart GBP/JPY untuk memudahkan analisis teknikal harian anda dan mendapatkan hasil analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 139.380, 138.324, 137.665.

Paras resistance: 141.095, 141.754, 142.810.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat