Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 18/12/2018

355

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam menunjukkan harga yang cuba membuat kenaikan kembali ditekan semula ke paras lebih rendah. Walaupun perkembangan Brexit sedikit menunjukkan tanda-tanda yang positif dan memulihkan kembali nilai matawang GBP, Yen lebih mendominasi berikutan mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko dan membuatkan permintaan terhadap matawang safe-haven meningkat dalam pasaran semasa. Harga yang membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot semalam kembali ditekan semula menuju ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line namun tidak berjaya mencecah penurunan ke paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak agak mendatar dan berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 142.554. Namun harga dilihat menunjukkan tanda-tanda penurunan pada penghujung sesi Asia menuju ke paras support 141.886 (MagicS1) sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat penurunan sehingga melepasi paras support tersebut, harga bakal meneruskan penurunan untuk menguji zon major support yang masih gagal ditembusi harga pada dagangan awal Disember ini sekitar paras 141.473 (MagicS2). Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru pada penurunan seterusnya berkemungkinan mencecah paras sekitar 140.805 (MagicS3).

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula dan melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan kembali menguji paras ketinggian harga pada dagangan semalam di sekitar paras 142.967 (MagicR1). Seterusnya, harga yang berjaya lepasi paras tersebut dijangka meneruskan kenaikan menguji pula paras 143.635 (MagicR2) yang berada di zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Dan sedikit lagi kenaikan akan melihatkan harga mencapai paras 144.048 (MagicR3).

Fokus pasaran turut tertumpu pada data inflasi di Britain yang akan dikeluarkan pada Rabu serta pada Khamis pula tumpuan adalah kepada penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BOJ). Kawal posisi dagangan anda pada chart GBP/JPY dengan membandingkan paras-paras tumpuan harga pada chart dengan paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line serta membantu anda untuk mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 142.056, 141.459, 140.561.

Paras resistance: 143.551, 144.449, 145.046.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat