Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 20/12/2018

577

Matawang Sterling dilihat bergelut untuk mengukuh berbanding Yen ekoran Yen yang lebih mendapat permintaan dalam suasana pasaran yang masih dilihat berisiko. Diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam menunjukkan pergerakan harga mendatar namun lebih cenderung bergerak menurun. Harga beberapa kali cuba menuju ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi Asia semalam sebelum mula membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot dan turun menguji paras support MagicS1 sehingga sesi dagangan New York berakhir.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih dilihat bergerak mendatar dan gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 141.965 hari ini dan kembali menunjukkan tanda-tanda penurunan pada penghujung dagangan Asia. Jangkaan penurunan harga akan menguji paras 141.409 (MagicS1) yang merupakan paras major support pada chart GBP/JPY. Harga yang berjaya turun lebih rendah melepasi zon support tersebut dijangka akan menuju ke paras support 141.004 (MagicS2). Sekiranya Yen terus kekal memberi tekanan terhadap Sterling, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 140.448 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali menunjukkan lonjakan semula pada chart GBP/JPY, paras awal kenaikan yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 142.370 (MagicR1). Seterusnya harga berkemungkinan naik lebih tinggi dan menguji semula paras ketinggian pada dagangan Isnin lalu di sekitar paras 142.926 (MagicR2) sebelum sedikit lagi kenaikan dilihat akan mencapai paras resistance 143.331 (MagicR3).

Tumpuan pasaran hari ini adalah kepada penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BoJ) hari ini dan terus ikuti perkembangan semasa dalam isu Brexit. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal dan lihat keberkesanannya dalam proses trading harian anda dari masa ke masa.

 

Paras support: 141.409, 141.004, 140.448.

Paras resistance: 142.370, 142.926, 143.331.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat