Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 21/9/2018

1,217

Pergerakan pasangan matawang GBP/JPY antara yang paling ketara membuat kenaikan harga semalam setelah GBP mengukuh atas faktor isu Brexit yang kembali positif dan juga kelemahan matawang safe-haven Yen. Harga dilihat telah melonjak dari paras Magic Pivot terus menuju ke paras resistance MagicR2 dan membuat Higher High yang baru pada zon resistance bulan Julai lalu sekitar 149.000. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat sedikit kenaikan hampir menyentuh paras resistance 149.903 (MagicR1) sebelum harga mula membuat penurunan semula pada sesi pasaran Eropah sehingga ke paras resistance sebelum ini di 149.000.

Jika harga terus membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1, seterusnya harga dilihat akan menuju ke paras resistance 150.562 (MagicR2) di mana harga akan terus membuat Higher High yang baru. Jika paras tersebut masih ditembusi, harga dijangka akan mencapai paras resistance 151.847 (MagicR3) di mana paras tersebut terakhir kali dicapai adalah pada bulan April yang lalu.

Sebaliknya, jika harga mengalami kejatuhan, harga akan bergerak melepasi paras Magic Pivot 148.618 dan menuju ke paras support 147.959 (MagicS1) sebelum menguji paras RBS (resistance become support) pada 147.000. Jika paras RBS tersebut berjaya ditembusi (breakout), harga akan turun lebih rendah ke paras support 146.674 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support 146.015 (MagicS3). Paras tersebut dilihat berdekatan dengan zon RBS 145.600 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga sentimen semasa dalam pasaran bagi memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Untuk analisis teknikal, boleh jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai salah satu rujukan analisis anda.

 

Paras support: 147.959, 146.674, 146.015.

Paras resistance: 149.903, 150.562, 151.847.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat