Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 24/12/2018

440

Matawang Sterling berada dalam kelompok matawang yang didagangkan berisiko sepanjang dagangan minggu lalu berikutan ketidakpastian para pelabur terhadap isu Brexit. Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan Jumaat menunjukkan harga bergerak rendah di antara julat paras Magic Pivot hari tersebut dan paras terendah dicecah pada support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line di mana harga kembali menguji paras support pada dagangan Ogos yang lalu.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga yang dilihat memulakan dagangan di sekitar paras terendah dagangan Jumaat lalu kemudiannya telah menunjukkan kenaikan sehingga melepasi paras Magic Pivot 140.567 hari ini dan menuju ke paras resistance 140.911 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan dan melepasi paras resistance MagicR1 itu, jangkaan kenaikan harga seterusnya bakal menuju pula ke paras resistance 141.486 (MagicR2) yang juga merupakan zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Sedikit lagi kenaikan harga akan menyentuh paras resistance yang berada lebih tinggi iaitu sekitar paras 141.830 (MagicR3).

Namun jika harga kembali didagangkan rendah turun melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan menuju ke paras support 139.992 (MagiS1) sebelum sedikit lagi penurunan yang diteruskan akan mencecah paras 139.648 (MagicS2). Harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru pada chart GBP/JPY sekiranya momentum penurunan harga dikekalkan dan berpotensi mencapai paras serendah 139.073 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan isu Brexit dan juga sentimen dalam pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Indicator Moshed Magic Line disyorkan untuk kegunaan dalam analisis teknikal harian anda dalam mengesan peluang-peluang posisi dagangan yang berpotensi tinggi memberikan anda keuntungan. Sentiasa utamakan pengawalan risiko lebih-lebih lagi pada minggu terakhir sebagai penutup tirai dagangan untuk tahun ini.

 

Paras support: 139.992, 139.648, 139.073.

Paras resistance: 140.911, 141.486, 141.830.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat