Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 26/11/2018

602

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga kembali membuat penurunan semula ke paras lonjakan harga bermula pada dagangan hari sebelumnya. Harga telah membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line dan menutup dagangan minggu lalu sekitar paras 144.600. Pasaran yang terus berisiko akan memberi kelebihan kepada dagangan Yen minggu ini sementara nilai Sterling pula akan dipandu oleh perkembangan Brexit.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan lebih rendah dari paras Magic Pivot 144.818 hari ini kemudiannya dilihat telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot tersebut dan menuju ke paras resistance 145.299 (MagicR1) sehingga lewat sesi dagangan Asia namun momentum kenaikan harga dilihat semakin lemah. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, harga dijangka akan melepasi paras resistance MagicR1 dan menuju ke paras 145.995 (MagicR2) unutk harga menguji paras ketinggian ketika lonjakan harga pada dagangan Khamis minggu lalu. Sedikit lagi kenaikan yang diteruskan akan melihatkan harga mencapai paras ketinggian semasa yang baru sekitar paras resistance 146.476 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga dilihat akan turun ke paras support semasa pada chart GBP/JPY sekitar paras 144.122 (MagicS1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan turun menuju ke paras support 143.641 (MagicS2) untuk harga mencatatkan paras terendah terbaru. Dan penurunan harga seterusnya dilihat berpotensi untuk mencecah sehingga ke paras serendah 142.945 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit pada minggu ini pula dan pantau sentimen pasaran semasa jika anda memilih posisi dagangan pada chart GBP/JPY. Pastikan anda mengawal risiko dagangan dengan sebaik mungkin dengan menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai pelengkap analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 144.122, 143.641, 142.945.

Paras resistance: 145.299, 145.995, 146.476.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat