Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 26/12/2018

459

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat mendatar pada dagangan Isnin menyambung pergerakan harga pada penghujung minggu lalu. Harga dilihat bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot dan turun menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line pada penghujung sesi New York sebelum menutup dagangan Isnin di sekitar paras tersebut. Kedua-dua matawang Sterling dan Yen bergerak seimbang dan tiada sebarang berita-berita ekonomi yang memberi impak besar pada matawang-matawang tersebut pada minggu terakhir dagangan untuk tahun ini dan dijangka akan terus bergerak mendatar sehingga dagangan minggu ini berakhir dan menutup tirai 2018.

Namun, pada sesi pasaran Asia pagi Rabu, harga dilihat memulakan dagangan lebih rendah dan meninggalkan jarak (gap) berikutan pasaran ditutup sempena cuti perayaan Krismas pada Selasa dan mempengaruhi kecairan dalam pasaran. Harga yang dibuka lebih rendah dari paras support 139.734 (MagicS1) kemudiannya terus dilihat membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut sejak awal sesi bermula sehingga menguji paras Magic Pivot 140.281 hari ini. Namun harga dilihat gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi dan bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot tersebut sehingga penghujung dagangan Asia. Jika harga kembali membuat penurunan dan turun lebih rendah semula, harga bakal kembali menuju ke paras support MagicS1 semula sebelum meneruskan penurunan menguji paras support yang lebih rendah sekitar paras 139.391 (MagicS2). Dan jika harga terus ditekan ke paras lebih rendah, harga bakal mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/JPY dan berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 138.844 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga terus didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang akan diuji harga adalah pada resistance 140.624 (MagicR1). Kemudiannya harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi berkemungkinan menuju ke paras resistance 141.171 (MagicR2) untuk harga menguji paras resistance pada Jumaat lalu. Kenaikan yang diteruskan akan ke paras 141.514 (MagicR3) yang dilihat berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY.

Ikuti perkembangan semasa dalam isu Brexit dan juga sentimen semasa dalam pasaran di mana masing-masing bakal mempengaruhi perubahan nilai matawang Sterling dan Yen. Kawal dagangan anda pada chart GBP/JPY dengan merujuk pada paras-paras yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 139.734, 139.391, 138.844.

Paras resistance: 140.624, 141.171, 141.514.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat