Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 26/9/2018

665

Matawang GBP semalam didagangkan sebagai matawang terkuat selepas isu Brexit yang kembali positif. Sebelum ini, Setiausaha British Brexit Dominic Raab menyatakan keyakinan beliau bahawa rundingan Brexit akan mencapai kesepakatan walaupun Perdana Menteri UK, Theresa May sebelumnya tidak bersetuju cadangan Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu sempadan Ireland. Pengukuhan GBP turut disokong oleh komen optimis oleh ahli BOE, Vlieghe mengenai isu Brexit dalam ucapannya semalam. Pergerakan harga pada chart GBP/JPY semalam membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Namun pada sesi pasaran Asia hari ini, harga mula didagangkan perlahan di mana harga mula membuat sedikit penurunan ke paras Magic Pivot 148.551 hari ini. Harga semasa didagangkan pada paras 148.630 setakat jam 5.31 petang. Jika harga tidak berjaya membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot 148.551, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan yang dibuat sejak dua hari yang lalu melepasi paras resistance 149.306 (MagicR1) dan seterusnya menguji paras resistance 149.776 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon ketinggian yang dicapai harga pada Jumaat lalu. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras tersebut, jangkaan harga akan membuat Higher High yang baru berkemungkinan di paras resistance 150.531 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan, harga dijangka akan turun menuju ke paras support 148.081 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum ke paras support yang lebih rendah pada 147.326 (MagicS2). Paras tersebut dilihat berada berdekatan zon RBS (resistance become support) di 147.000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini. Jika harga berjaya melepasi paras 147.00, harga dijangka akan meneruskan penurunan melepasi paras support 146.856 (MagicS3) untuk membuat Lower Low yang baru.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada pair GBP/JPY ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk rujukan paras-paras penting pada chart bagi melengkapkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 148.081, 147.326, 146.856.

Paras resistance: 149.306, 149.776, 150.531.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat