Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 28/11/2018

496

Matawang Pound Sterling turut terkesan setelah komen daripada Presiden Donald Trump yang menyatakan bahawa pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah bakal menyulitkan aktiviti dagangan antara Amerika Syarikat dan Britain selepas ini. Sementara matawang Yen pula masih didagangkan positif dengan keadaan pasaran berisiko (risk-off). Secara teknikal, jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk dagangan sesi semalam, harga membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot semalam dan kemudiannya bergerak mendatar menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sehingga dagangan pasaran New York ditutup.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat masih bergerak mendatar di paras harga ditutup pada sesi sebelumnya. Namun, harga dilihat telah membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 145.028 hari ini pada lewat sesi menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Kenaikan harga bakal menguji paras resistance yang berhampiran iaitu pada paras 145.472 (MagicR1) sebelum menuju pula ke paras resistance 145.964 (MagicR2) yang berada lebih tinggi. Seterusnya, momentum kenaikan harga yang terus dikekalkan akan melihatkan harga menguji paras resistance 146.408 (MagicR3) yang berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY.

Namun, jika sebaliknya harga kembali menunjukkan penurunan dengan Yen berjaya mengukuh berbanding Sterling, jangkaan awal harga akan menuju ke paras support yang terdekat iaitu pada paras 144.536 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan turun pula menguji paras support 144.092 (MagicS2) yang telah diuji beberapa kali sebelum ini namun masih gagal ditembusi harga. Sekiranya harga berjaya bergerak lebih rendah menembusi paras tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru berkemungkinan mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 143.600 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi tumpuan dalam pasaran serta beri tumpuan juga terhadap sentimen dalam pasaran semasa jika anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Indicator Moshed Magic Line adalah disarankan untuk anda bagi membantu memudahkan analisis teknikal harian anda khususnya pada chart GBP/JPY ini.

 

Paras support: 144.536, 144.092, 143.600.

Paras resistance: 145.472, 145.964, 146.408.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat