Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 28/9/2018

1,031

Jika dilihat pada pergerakan harga yang dibuat pada pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam, harga membuat penurunan dari paras Magic Pivot sehingga mencecah paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line. Namun harga kembali membuat kenaikan semula ke paras Magic Pivot dan menutup harga lebih rendah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot 148.165 hari ini dan membuat kenaikan hampir menyentuh paras resistance 148.738 (MagicR1) namun harga terlebih dahulu membuat penurunan sehingga ke paras Magic Pivot semula. Harga semasa didagang pada paras 148.26 setakat jam 4.22 petang. Jika harga membuat kenaikan dan melepasi paras resistance MagicR1, jangkaan harga akan membuat lonjakan sehingga ke paras resistance 149.304 (MagicR2) dan seterusnya menuju ke paras resistance 149.877 (MagicR3) untuk membuat Higher High yang baru melepasi ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu.

Sebaliknya, jika data GDP(KDNK) di UK yang akan dikeluarkan sebentar lagi mencatatkan kemerosotan, berkemungkinan harga akan mengalami kejatuhan dan paras yang dilihat akan dicapai harga adalah pada support 147.599 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan bakal melihatkan harga menguji paras support 147.026 (MagicS2) di mana paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support). Seterusnya, paras yang lebih rendah jika harga meneruskan lagi penurunannya dilihat berada pada paras support 146.460 (MagicS3).

Pantau isu rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa untuk melihat kecenderungan arah pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Untuk analisis teknikal pula, anda boleh gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras-paras penting pada chart yang menjadi tumpuan harga.

 

Paras support: 147.599, 147.026, 146.460.

Paras resistance: 148.738, 149.304, 149.877.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat