Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 29/10/2018

644

Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan harga telah membuat penurunan melepasi support MagicS1 dan MagicS2 serta membuat paras terendah yang baru hampir menyentuh paras support MagicS3 sebelum kembali pantul semula untuk menutup harga pada paras sekitar 143.400. Secara keseluruhannya, dagangan Sterling pada minggu lalu adalah lemah dan pasaran yang dilihat berisiko memberi kelebihan kepada matawang Yen untuk terus menekan harga ke paras lebih rendah.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga memulakan dagangan dengan perlahan pada sekitar paras Magic Pivot 143.478. Jika harga cuba untuk membuat kenaikan, paras yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance yang terdekat iaitu pada 144.196 (MagicR1). Kemudiannya, kenaikan seterusnya dijangka akan ke paras resistance 144.910 (MagicR2) yang merupakan paras ketinggian harga pada Khamis lalu. Dan sekiranya harga masih meneruskan kenaikan, harga bakal menguji paras resistance 145.628 (MagicR3) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Namun, jika matawang GBP terus didagangkan lemah berbanding Yen minggu ini, harga bakal menyambung kembali siri penurunan yang dibuat sebelum ini dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 142.764 (MagicS1) untuk harga menguji paras terendah Jumaat lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 142.046 (MagicS2) yang juga berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini. Seterusnya, penurunan harga yang masih berlaku berkemungkinan bakal melihatkan harga mencecah paras serendah 141.332 (MagicS3).

Tumpuan pasaran adalah kepada penetapan dasar polisi oleh Bank of England (BOE) pada minggu ini dan terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dalam membantu anda mengawal risiko dagangan pada chart GBP/JPY ini. Berpandukan indicator Moshed Magic Line, bandingkan paras-paras yang telah disediakan dengan paras yang menjadi tumpuan harga pada chart GBP/JPY untuk mendapatkan posisi dagangan yang terbaik.

 

Paras support: 142.764, 142.046, 141.332.

Paras resistance: 144.196, 144.910, 145.628.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat