Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 29/11/2018

542

Jika dilihat pada pergerakan harga chart pasangan matawang GBP/JPY, harga menunjukkan kenaikan dengan matawang Sterling didagangkan lebih baik berbanding Yen. Nilai matawang GBP disokong oleh kenyataan Canselor Phillip Hammond yang mempertahankan pelan Brexit Theresa May. Sementara Yen pula didagangkan agak lemah berikutan aliran pelaburan ke arah aset berpulangan tinggi dalam sentimen pasaran yang kembali pulih. Harga yang dilihat bergerak membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot pada sesi Asia semalam kemudiannya menyambung kenaikan sehingga melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat kembali membuat penurunan sejak awal sesi bermula menuju ke paras Magic Pivot 145.463 hari ini. Harga yang menguji paras Magic Pivot tersebut kemudiannya telah berjaya menembusi paras itu pada penghujung sesi dagangan Asia menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Harga yang meneruskan penurunan dilihat akan menuju ke paras support 145.103 (MagicS1) terlebih dahulu sebelum penurunan seterusnya dijangka akan turun menguji paras tumpuan harga sebelum ini di sekitar support 144.460 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga bakal menguji pula zon major support pada chart GBP/JPY di sekitar support 144.100 (MagicS3) yang gagal ditembusi harga pada dagangan sebelum ini.

Namun, jika harga kembali menyambung kenaikan harga yang dilakukan sepanjang dagangan semalam, harga bakal menuju ke paras resistance 146.106 (MagicR1) yang berpotensi untuk menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart GBP/JPY. Seterusnya, harga akan meneruskan kenaikan menuju pula ke paras 146.466 (MagicR2) yang turut berada di zon tumpuan harga sebelum kenaikan harga seterusnya bakal mencapai ketinggian sehingga ke paras sekitar 147.109 (MagicR3).

Terus beri tumpuan pada perkembangan rundingan Brexit dan sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan safe-haven USD/JPY. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 145.103, 144.460, 144.100.

Paras resistance: 146.106, 146.466, 147.109.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat