Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 3/1/2019

452

Pasangan matawang Sterling dan Yen dilihat antara kombinasi yang menjadi kegemaran untuk sesi dagangan semalam. Sterling yang didagangkan berisiko terus menerima tekanan daripada pengukuhan ketara Yen didorong oleh faktor sentimen pasaran yang kekal berisiko. Dilihat pergerakan awal harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY semalam, harga telah breakout paras support 139.500 dan menuju ke paras support MagicS1. Seterusnya harga dilihat terus menyambung penurunan sehingga melepasi paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga tanpa membuang masa terus menjunam lagi lebih 500 pips sebaik sahaja sesi dagangan bermula. Penurunan tersebut dilihat telah melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line pada hari ini. Harga telah turun lebih rendah dari paras support 133.740 (MagicS3) dan mencecah paras terendah harian sekitar 132.200 sebelum kembali semula pantul membuat kenaikan lebih tinggi dari paras support MagicS3 dan menuju ke paras support 135.497 (MagicS2). Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi lagi, harga bakal menuju semula ke paras sekitar support 136.376 (MagicS1).

Namun jika harga berjaya melonjak sehingga melepasi semula paras Magic Pivot 138.133 hari ini, harga akan menjadikan paras resistance pada 139.012 (MagicR1) sebagai paras destinasi awal kenaikan sebelum melonjak lebih tinggi sehingga ke paras sekitar 140.769 (MagicR2). Seterusnya, harga berkemungkinan akan menguji paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY di sekitar paras 141.648 (MagicR3) jika kenaikan harga masih diteruskan.

Beri tumpuan pada perkembangan pada isu Brexit selepasi ini dan sentiasa peka terhadap perubahan faktor yang menyumbang terhadap sentimen dalam pasaran semasa. Tentukan paras support dan resistance yang terbaik pada chart GBP/JPY dengan menjadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan dalam analisis teknikal seharian anda.

 

Paras support: 136.376, 135.497, 133.740.

Paras resistance: 139.012, 140.769, 141.648.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat