Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 3/9/2018

1,325

Pergerakan besar pada Rabu lalu melibatkan matawang GBP mengejutkan ramai pihak dalam pasaran. GBP mengukuh dan mendominasi di hampir kesemua pasangan matawang utama yang lain selepas perkembangan positif dalam rundingan Brexit yang sepertinya menjanjikan sesuatu. Para pelabur juga berkemungkinan mengambil keuntungan di atas posisi jualan GBP yang turut melonjakkan semula nilai matawang GBP tersebut.

Namun, pengukuhan yang ditunjukkan tidak berpanjangan dan nilai GBP dijangka akan kembali menyusut apabila Menteri Kewangan Jerman dan Naib Canselor Olaf Scholz, mengulangi kembali peringatan ketua perunding EU Barnier bahawa, kesepakatan Brexit bukan satu perkara yang pasti. Oleh itu, syarikat-syarikat telah digalakkan untuk berwaspada dan mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.

Bagi matawang JPY pula, sentimen pasaran yang kembali dilihat berisiko (risk-off) bakal menjangkakan permintaan matawang safe-haven itu. Isu perang dagang antara AS-China dilihat kembali hangat di mana siri serangan tambahan tarif oleh AS terhadap barangan import China akan diteruskan. Presiden Donald Trump bakal mengenakan tarif tambahan bernilai $200 billion terhadap import China dan para pelabur melihat sentimen pasaran kembali berisiko.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/JPY, harga membuat lonjakan dari paras 142.800 sehingga paras 145.600 kesan daripada pengukuhan nilai GBP pada Rabu lalu.

Namun harga kembali menurun pada Khamis dan Jumaat lalu dan hampir kembali semula ke paras 142.800 di mana harga semasa bergerak sekitar paras 143.130 setakat jam 4.30 petang ini. Sejak sesi pasaran Asia dibuka pagi tadi, harga bergerak menurun dengan kadar yang perlahan.

Harga dilihat telah bergerak lebih rendah daripada julat harga Jumaat lalu di antara 144.690-143.486 dan dijangkakan bakal kembali ke paras support 142.400. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support tersebut, support seterusnya yang bakal diuji adalah pada 141.100 dan seterusnya di 140.200.

Sebaliknya, jika harga membuat kenaikan semula dan melepasi (breakout) garisan Moving Average 100 (MA100), harga dijangka akan menuju ke zon resistance 145.500 dan pasaran akan memberi tumpuan terhadap reaksi pergerakan harga di zon tersebut. Ikuti perkembangan rundingan Brexit serta sentimen pasaran global semasa yang bakal menggerakkan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY ini.

Paras support: 143.365, 142.823, 142.161.

Paras resistance: 144.569, 145.231, 145.773.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat