Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 30/10/2018

564

Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada sesi dagangan semalam, harga tidak berjaya meneruskan siri penurunan harga yang dibuat secara konsisten sepanjang minggu lalu. Harga dilihat tidak berjaya menembusi ke paras lebih rendah dari Magic Pivot dan telah membuat kenaikan menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line. Setelah harga gagal menembusi paras resistance tersebut, harga kembali ditekan semula ke paras lebih rendah apabila matawang Yen kembali mendapat permintaan berikutan sentimen pasaran dilihat kembali berisiko.

Pada sesi pasaran Asia hari ini bermula, harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot 143.830 dan menuju ke paras resistance 144.331 (MagicR1). Bersambung ke sesi pasaran Eropah, setelah harga dilihat menguji paras tersebut beberapa ketika, harga kemudiannya kembali untuk membuat penurunan di mana harga semasa didagangkan pada paras 144.130 setakat jam 3.47 petang. Jika harga berjaya meneruskan semula kenaikan yang dibuat sejak awal pagi tadi, jangkaan harga bakal ke paras resistance 144.897 (MagicR2) sebelum kenaikan harga yang lebih tinggi dilihat akan menguji paras 145.398 (MagicR3) yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Namun, jika Yen kembali mengukuh dan menekan semula harga ke paras lebih rendah, harga dilihat akan bergerak turun melepasi paras Magic Pivot dan ke paras support pada 143.264 (MagicS1). Kemudiannya, harga akan menguji paras support 142.763 (MagicS2) untuk mengatasi paras terendah harga yang dicapai pada Jumaat lalu. Seterusnya, penurunan harga yang masih diteruskan akan melihatkan harga menyambung semula siri penurunan minggu lalu dan bakal mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras 142.197 (MagicS3).

Pasaran akan tertumpu terhadap pengumuman kadar faedah oleh BOE dan beri tumpuan juga terhadap sebarang isu yang mempengaruhi perubahan sentimen dalam pasaran semasa dan bakal memberi impak terhadap pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Indicator Moshed Magic Line adalah disyorkan untuk kegunaan semua trader bagi memantapkan lagi analisis teknikal harian anda dan mengekalkan prestasi dagangan yang terbaik setiap masa.

 

Paras support: 143.264, 142.763, 142.197.

Paras resistance: 144.331, 144.897, 145.398.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat