Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 4/10/2018

860

Sinopsis pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan semalam berdasarkan indicator Moshed Magic Line, dilihat pada permulaan sesi pasaran Asia harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam sebelum harga terus membuat kenaikan melepasi paras tersebut dan kembali ke paras Magic Pivot semula. Bersambung ke sesi pasaran New York, harga membuat lonjakan sekali lagi sehingga ke paras resistance MagicR1 sebelum menutup harga lebih rendah semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat penurunan sehingga ke paras lebih rendah dari Magic Pivot 147.995 hari ini namun kembali membuat lonjakan pada sesi pasaran Eropah melepasi paras tersebut di mana harga semasa berada pada paras 148.260 setakat jam 4.02 petang. Jika harga meneruskan lonjakan ke paras lebih tinggi, jangkaan awal harga akan menuju ke paras resistance 147.730 sebelum harga menguji paras major resistance yang dilihat pada zon harga sekitar 149.000. Kenaikan yang dibuat seterusnya menjangkakan harga mencapai paras ketinggian di resistance 149.318 (MagicR2) sebelum harga sekali lagi perlu menguji paras major resistance yang gagal ditembusi harga sebelum ini iaitu pada 149.600. Jika harga berjaya breakout paras ini, harga bakal membuat Higher High yang baru dan mencapai paras ketinggian sehingga 150.053 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga membuat penurunan, paras awal yang dijangka dituju harga adalah pada support 147.407 (MagicS1) sebelum harga perlu menguji paras RBS (resistance become support) di 147.000. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka membuat penurunan melepasi paras support 146.672 (MagicS2). Paras support yang lebih rendah dilihat berada pada paras 146.084 (MagicS3) jika penurunan harga masih diteruskan.

Pantau kandungan rundingan Brexit yang melibatkan tawaran dan cadangan oleh Perdana Menteri Theresa May dan Kesatuan Eropah yang bakal memberi kesan terhadap GBP khususnya pada chart GBP/JPY. Beri tumpuan terhadap paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 147.407, 146.672, 146.084.

Paras resistance: 148.730, 149.318, 150.053.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat