Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 4/12/2018

741

Dilihat pada pergerakan harga di chart pasangan matawang GBP/JPY semalam, harga menunjukkan kenaikan menjelang pembukaan sesi Eropah namun harga kembali membuat penurunan semula bersambung pada sesi pasaran New York semalam. Kenaikan harga dilihat telah melepasi paras resistance MagicR1 dan hampir menyentuh paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam, namun harga kemudian bergerak turun semula lebih rendah dari paras Magic Pivot dan kembali menguji paras tersebut pada sesi pasaran Eropah namun gagal mendapatkan momentum untuk bergerak lebih tinggi.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 144.746 dilihat membuat penurunan lebih rendah menuju ke paras zon major support pada chart GBP/JPY di mana harga menguji paras support 143.993 (MagicS1) yang gagal ditembusi ketika diuji pada dagangan November lalu. Jika harga berjaya breakout paras support tersebut, harga berkemungkinan akan meneruskan penurunan menuju ke paras 143.410 (MagicS2) sebelum penurunan yang masih diteruskan boleh mencecah sehingga ke paras sekitar support 142.657 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali pantul semula membuat kenaikan dan bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke paras resistance terdekat iaitu pada 145.329 (MagicR1). Seterusnya, harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi berkemungkinan ke paras resistance 146.082 (MagicR2) mengatasi paras ketinggian harga yang diuji harga pada November lalu. Dan sekiranya harga berjaya melonjakkan harga ke paras lebih tinggi lagi, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian di sekitar resistance 146.665 (MagicR3) untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Jika anda memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini, beri tumpuan pada perkembangan rundingan Brexit dan ekonomi di Britain serta perubahan sentimen pasaran semasa di mana faktor-faktor ini masing-masing mempengaruhi nilai matawang Sterling dan Yen. Bandingkan paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY anda dengan melihat paras-paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 143.993, 143.410, 142.657.

Paras resistance: 145.329, 146.082, 146.665.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat