Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 5/12/2018

506

Kejatuhan nilai matawang Sterling telah melihatkan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY telah breakout paras support 144.00 yang gagal ditembusi pada dagangan November lalu. Harga pada mulanya membuat penurunan sejak awal sesi pasaran Asia bermula dan turun menguji paras support 144.00 yang juga merupakan paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun harga gagal melepasi paras tersebut sebelum harga kemudian membuat kenaikan semula pada awal sesi dagangan Eropah menuju ke paras Magic Pivot. Setelah harga menyentuh paras Magic Pivot tersebut, sentimen pasaran yang kembali berisiko yang membuatkan matawang Yen mengukuh telah menekan harga sehingga breakout paras major support 144.00 dan penurunan terendah harga mencecah ke paras sekitar 142.83 hampir menyentuh paras support MagicS3 sebelum kembali pantul semula berlegar di paras support MagicS2 sehingga dagangan New York ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga kelihatan masih berlegar di paras harga ditutup dan bergerak di bawah paras Magic Pivot 143.638 hari ini sejak awal sesi pasaran Asia sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Julat pergerakan yang besar pada dagangan semula berkemungkinan akan menggerakkan harga lebih jauh pada dagangan hari ini. Jika harga meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 142.530 (MagicS1) untuk harga cuba mengatasi paras terendah yang dicecah harga pada dagangan Oktober lalu. Penurunan harga yang lebih rendah bakal menuju pula ke paras support 141.717 (MagicS2) sebelum kejatuhan ketara pada chart GBP/JPY berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras serendah 140.609 (MagicS3).

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 143.638, jangkaan kenaikan awal harga bakal menguji paras resistance 144.451 (MagicR1) yang berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY ini. Kemudiannya, harga dilihat akan naik menguji pula paras resistance 145.559 (MagicR2) yang gagal ditembusi harga ketika diuji beberapa kali pada dagangan November lalu. Dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum kenaikan, paras resistance pada 146.372 (MagicR3) dilihat berpotensi untuk menjadi paras tumpuan harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang dilihat kembali bergelora dan beri tumpuan juga pada sentimen pasaran semasa yang tidak menentu. Lihat paras tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line bagi menentukan paras support dan resistance yang terbaik dalam setiap analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 142.530, 141.717, 140.609.

Paras resistance: 144.451, 145.559, 146.372.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat