Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 5/9/2018

566

Data pekhidmatan PMI di UK yang dikeluarkan pada 4.30 petang ini mencatatkan bacaan yang positif. Namun begitu, nilai matawang GBP masih dilihat lemah ekoran pasaran lebih tertumpu terhadap isu Brexit yang menunjukkan perkembangan yang kurang memberangsangkan. Data tersebut yang sebelum ini dijangka akan mencatatkan bacaan yang lemah berikutan data pengeluaran PMI yang jatuh Isnin lalu sebaliknya menunjukkan bacaan positif hari ni, namun impak yang lemah dilihat terhadap GBP disebabkan faktor-faktor yang tidak menyokong matawang sterling itu buat masa sekarang. Dengan sentimen pasaran yang dilihat berisiko, matawang GBP dijangka akan terus didagangkan lemah.

Sebaliknya, faktor tersebut memberi kelebihan ke atas matawang JPY ekoran permintaan terhadap matawang safe-haven akan meningkat apabila pasaran dalam keadaan berisiko (risk-off). Isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China khususnya, menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur dan pemain dalam pasaran seterusnya mendorong mereka beralih dari aset berisiko kepada pasaran yang lebih selamat sekaligus akan meningkatkan permintaan terhadap matawang berpulangan rendah terutamanya JPY.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/JPY, harga telah membuat penurunan dari paras resistance 145.500 sehingga paras terendah semalam pada zon harga 142.600. Pergerakan harga semalam dilihat agak perlahan di antara julat harga 143.371-142.583. Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga membuat sedikit kenaikan melepasi paras 143.370 dan menyentuh resistance di paras 143.560 sebelum membuat penurunan dan kembali semula ke zon julat harga semalam.

Harga dilihat sedikit ditekan rendah selepas pasaran London dibuka hari ini dan dijangka akan menuju ke paras support 142.400 dan seterusnya di 142.000. Jika sentimen dalam pasaran kekal berisiko dan harga menyambung penurunan, harga berpotensi untuk sampai ke paras support 141.100. Sebaliknya jika harga membuat kenaikan, harga akan kembali menguji paras resistance 143.560 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), paras resistance yang dilihat akan dicapai adalah pada 143.860 dan seterusnya di 144.350. Manakala, major resistance adalah pada paras resistance terdahulu di paras 145.500.

 

Paras support: 142.778, 142.287, 141.990.

Paras resistance: 143.566, 143.863, 144.354.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat