Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 7/11/2018

618

Matawang GBP terus mendominasi harga pada chart GBP/JPY di mana Sterling mengambil kesempatan terhadap matawang Yen yang melemah berikutan sentimen pasaran semasa yang dilihat kembali pulih dan pelabur yang beralih tumpuan terhadap aset berpulangan tinggi seperti Aussie dan dollar NZD. Diteliti pergerakan harga pada chart GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga bergerak perlahan sejak sesi pasaran Asia dan dilihat membuat penurunan ke paras Magic Pivot semalam sebelum kembali meneruskan kenaikan membuat higher high yang baru sehingga melepasi paras resistance MagicR1 dan MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 148.161 hari ini dilihat membuat sedikit kenaikan menuju ke paras resistance 149.015 (MagicR1) dan mencatatkan ketinggian yang terbaru mengatasi ketinggian harga semalam. Namun harga kembali membuat penurunan ke paras Magic Pivot semula bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga berjaya membuat kenaikan semula dan melepasi paras resistance MagicR1, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 149.559 (MagicR2) untuk menguji zon ketinggian harga pada Oktober dan juga September lalu. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian harga yang baru berkemungkinan di sekitar paras 150.143 (MagicR3).

Namun, jika sentimen pasaran semasa kembali memberi kelebihan kepada Yen, harga berkemungkinan akan membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot 148.161 dan menuju ke paras support yang terdekat iaitu pada paras 147.617 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menguji paras support pada 146.763 (MagicS2) yang berada pada zon RBS (resistance become support) yang terdekat pada chart GBP/JPY. Dan harga yang berjaya turun lebih rendah dari paras tersebut berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke paras sekitar 146.219 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih dalam proses walaupun kedua-dua pihak masih optimis untuk mencapai persetujuan dalam masa yang terdekat. Pantau juga perubahan sentimen semasa dalam pasaran yang turut memberi kesan kepada pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Tentukan paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/JPY ini dengan berpandukan kepada paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 147.617, 146.763, 146.219.

Paras resistance: 149.015, 149.559, 150.413.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat