Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 7/12/2018

500

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY dilihat menguji paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam namun gagal membuat penurunan lebih rendah dan kembali ke paras Magic Pivot semula. Matawang Sterling dan Yen saling cuba untuk mengatasi antara satu sama lain namun kedua-dua matawang tersebut dilihat seimbang dengan masing-masing didagangkan mendatar sebelum harga berada di zon SBR (support become resistance) 144.00 pada penghujung sesi dagangan New York hampir ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat masih bergerak mendatar di paras SBR 144.00 dan dilihat cuba membuat penurunan ke paras Magic Pivot 143.795 pada awal sesi pasaran Eropah. Namun jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot untuk ke paras lebih rendah, harga berkemungkinan akan naik semula menguji paras resistance 144.355 (MagicR1) yang turut berada pada zon SBR pada chart GBP/JPY ini. Kemudian, harga akan meneruskan lagi kenaikan menuju pula ke paras resistance di paras 144.709 (MagicR) untuk menguji juga zon SBR di situ sebelum kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan ke paras ketinggian di sekitar 145.269 (MagicR3).

Sebaliknya, jika berjaya menembusi paras Magic Pivot hari ini, penurunan harga dilihat akan mencari paras support terdekat iaitu di paras 143.441 (MagicS1) sebagai paras awal penurunan. Seterusnya, harga dilihat akan menguji semula paras terendah yang dicecah pada dagangan Selasa lalu di sekitar support 142.881 (MagicS2) dan sekiranya harga berjaya melepasi paras terendah tersebut, harga bakal mencari paras terendah yang baru dan destinasi seterusnya yang dijangka akan dituju adalah pada support 142.527 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit dan beri tumpuan pada ulasan bank pusat Jepun sekiranya anda ingin terus memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Kawal dagangan anda dengan menjadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap dalam analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 143.441, 142.881, 142.527.

Paras resistance: 144.355, 144.709, 145.269.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat