Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 8/1/2019

402

Secara teknikal, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY masih dilihat mengekalkan corak pergerakan menaik untuk sesi dagangan semalam. Matawang Yen yang mula didagangkan lemah dalam suasana pasaran semasa yang kembali pulih membantu Sterling untuk membuat kenaikan harga pada GBP/JPY sebelum fokus selepas ini akan terarah pada perkembangan Brexit pula. Dengan momentum yang agak perlahan, harga berjaya membuat kenaikan sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum sesi dagangan New York ditutup.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga dilihat turun sedikit pada permulaan dagangan menuju ke paras Magic Pivot 138.452 sebelum kembali menyambung semula kenaikan menuju ke paras resistance 139.301 (MagicR1) dan menguji paras tersebut pada awal sesi pasaran Eropah dibuka. Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, harga akan menuju pula ke paras resistance 139.772 (MagicR2) di mana kedua-dua paras resistance tersebut dilihat berada pada zon SBR (support become resistance) terbaru pada chart GBP/JPY. Dan seterusnya jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras resistance pada 140.621 (MagicR3) dilihat berpotensi menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan dan didagangkan rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan penurunan awal harga akan menuju ke arah support terdekat yang dilihat berada di paras 137.981 (MagicS1). Kemudiannya, harga bakal menyambung lagi penurunan ke paras lebih rendah dan dijangka akan menjadikan paras support 137.132 (MagicS2) pula sebagai destinasi penurunan seterusnya. Dan sedikit lagi penurunan harga dilihat bakal menyentuh paras support pada 136.661 (MagicS3) sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah lagi.

Pantau sentimen pasaran semasa dan dinasihatkan supaya anda lebih berwaspada menjelang perkembangan penting Brexit dalam beberapa minggu terdekat ini. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan tetap dalam analisis teknikal harian anda untuk membantu anda mendapatkan analisis yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 137.981, 137.132, 136.661.

Paras resistance: 139.301, 139.772, 140.621.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat