Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 8/10/2018

941

Jika dilihat berdasarkan indicator Moshed Magic Line, dagangan pada Jumaat lalu bagi pasangan matawang GBP/JPY dilihat membuat kenaikan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2 sebelum menutup harga di sekitar paras resistance 149.000. Kenaikan harga yang dibuat disokong oleh faktor rundingan Brexit yang dilihat terus optimis mencapai persetujuan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan pada awal sesi bermula sebelum sedikit membuat kenaikan menyentuh paras resistance 149.514 (MagicR1). Kemudian, harga dilihat membuat penurunan ke paras Magic Pivot 148.796 pada awal sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada di sekitar paras tersebut setakat jam 3.05 petang. Jika harga terus mengalami kejatuhan, jangkaan harga akan menuju ke paras support terdekat iaitu di 148.329 (MagicS1). Seterusnya, sekiranya harga masih menyambung penurunan yang dibuat, harga berkemungkinan akan turun ke paras support 147.611 (MagicS2). Dan seterusnya, harga boleh mencecah sehingga ke paras support 147.144 (MagicS3) jika harga terus ditekan lebih rendah.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat lonjakan semula, harga bakal membuat kenaikan melepasi paras resistance MagicR1 sebelum membuat Higher High yang baru di paras 149.981 (MagicR2). Jika harga mampu meneruskan momentum kenaikan, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga ke 150.699 (MagicR3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit sentimen pasaran semasa dalam memantau pergerakan harga pada chart GBP/JPY ini. Dan sebagai panduan tambahan untuk analisis teknikal anda, boleh lihat paras-paras tumpuan harga yang dipaparkan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 148.329, 147.611, 147.144.

Paras resistance: 149.514, 149.981, 150.699.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat