Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 9/1/2019

442

Setelah kenaikan yang ditunjukkan pada pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY sejak awal minggu ini, harga mula menunjukkan penurunan pada sesi dagangan semalam setelah nilai matawang Sterling didagangkan menyusut. Kelemahan GBP adalah didorong oleh kebimbangan pelabur terhadap perdebatan pelan Brexit Theresa May sebelum undian Parlimen diteruskan pada minggu hadapan. Faktor tersebut mencetuskan aktiviti pengambilan keuntungan pada posisi dagangan Sterling sebelum ini dan dengan itu dapat dilihat Sterling didagangkan lemah berbanding Yen walaupun nilai matawang Yen tidaklah begitu mengukuh berikutan sentimen pasaran semasa tidak memihak kepada matawang safe-haven buat masa ini. Harga pada chart GBP/JPY semalam mencapai paras ketinggian ketika menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum turun lebih rendah dari paras Magic Pivot dan kemudiannya menyentuh paras support MagicS1 untuk menandakan paras terendah dagangan harian semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga menunjukkan corak pergerakan menaik walaupun dengan momentum yang agak perlahan. Kenaikan harga telah pun melepasi paras Magic Pivot 138.530 hari ini dan mendatar di atas paras tersebut sehingga bersambung pada sesi pasaran Eropah. Kenaikan lebih tinggi harga bakal menguji paras resistance yang berhampiran iaitu pada 139.098 (MaigcR1) sebelum menguji paras SBR (support become resistance) semasa pada chart GBP/JPY iaitu pada 139.500. Namun, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal menuju ke paras resistance 140.003 (MagicR2) sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan harga akan mencapai paras ketinggian pada resistance 140.571 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali menyambung penurunan yang dilakukan pada sesi dagangan semalam, harga bakal menuju ke paras support 137.625 (MagicS1) sebelum turun lebih rendah untuk menguji pula paras 137.057 (MagicS2). Seterusnya, penurunan lebih rendah harga dilihat berpotensi untuk mencecah paras sehingga ke sekitar support 136.152 (MagicS3).

Pantau perkembangan pada perdebatan pelan Brexit Theresa May serta undian Parlimen nanti dan beri tumpuan juga pada sebarang perubahan pada sentimen dalam pasaran yang bakal mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/JPY. Bandingkan paras tumpuan harga pada chart GBP/JPY dengan paras harga yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk anda tentukan keberkesanan indicator tersebut terhadap kualiti dagangan harian anda dari masa ke masa.

 

 

Paras support: 137.625, 137.057, 136.152.

Paras resistance: 139.098, 140.003, 140.571.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat