Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 9/10/2018

784

GBP/JPY semalam dilihat antara pasangan matawang yang mengalami kejatuhan harga yang agak ketara dengan kelemahan GBP atas faktor ketidaktentuan Brexit dan juga matawang Yen yang mengukuh di mana pasaran yang berisiko akan meningkatkan permintaan pasaran terhadap JPY. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga menyentuh paras resistance MagicR1 pada awal sesi pasaran Asia semalam sebelum mengalami kejatuhan sehingga ke paras support MagicS2. Harga kemudian sedikit membuat kenaikan pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga di paras sekitarnya.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 148.378 di mana harga semasa berada pada paras 148.040 setakat jam 2.41 petang. Jika harga menyambung penurunan yang dibuat semalam, berkemungkinan harga akan turun ke paras support 147.247 (MagicS1) untuk menguji paras tersebut terlebih dahulu. Jika harga berjaya breakout paras support tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras support seterusnya yang berada pada paras 146.363 (MagicS2). Dan seterusnya, jika harga masih mengekalkan momentum kejatuhan, harga boleh mencecah ke paras serendah 145.232 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali membuat lonjakan melepasi paras Magic Pivot 148.378 hari ini, jangkaan lonjakan harga akan ke paras resistance 149.262 (MagicR1) yang berada pada zon major resistance yang beberapa kali telah diuji sebelum ini. Dan jika harga berjaya menembusi paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 150.393 (MagicR2). Seterusnya, harga dilihat berpotensi untuk mencapai paras ketinggian di resistance 151.277 (MagicR3) jika harga mampu mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat.

Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dalam menghadapi ketidaktentuan sentimen semasa dalam pasaran. Untuk mendapatkan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/JPY ini, boleh gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 147.247, 146.363, 145.232.

Paras resistance: 149.262, 150.393, 151.277.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat