Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 9/8/2018

1,008

JPY dilihat semakin mengukuh di atas faktor geopolitik diantara Amerika Syarikat dan Iran yang menyebabkan permintaan terhadap matawang JPY meningkat. China dijangka akan mengenakan 25% tariff terhadap sejumlah barangan AS sekaligus menambah lagi kesan positif untuk JPY di samping minit mesyuarat yang agak hawkish oleh BOJ pada 31 Julai yang lalu. GBP/JPY dilhat mencapai paras terendah semenjak membuat penurunan awal bulan ini.

Secara teknikal, GBP/JPY dilihat menembusi (breakout) paras support 143.800 semalam (Rabu) dan membuat penurunan sehingga zon harga sekitar 142.700. Pada hari ini, harga dilihat bergerak lemah walaupun membuat sedikit kenaikan sehingga petang ini, namun masih berada dalam julat harga semalam iaitu 144.250-142.700. Jika harga berjaya menembusi (breakout) paras support 142.350, berkemungkinan harga akan turun lebih rendah sehingga paras 140.750.

Perhatikan pergerakan harga di sekitar level-level berikut:

Paras support: 142.307, 141.730, 140.755.
Paras resistance: 143.859, 144.834, 145.411.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat