Analisis Teknikal GBP/NZD – Timeframe H1 – 27/8/2018

472

Matawang GBP didagangkan bercampur-campur pada minggu lalu dan masih kekal dilihat sebagai matawang yang berisiko dalam pasaran. Isu Brexit yang seperti tidak berkesudahan terus memberi tekanan terhadap matawang tersebut. Matawang GBP dilihat mengalami kejatuhan dengan hampir setiap pasangan matawang utama yang lain sejak minggu lalu. Bagi matawang NZD pula, laporan jualan runcit suku tahun di New Zealand yang mencatatkan bacaan yang baik memberi kesan positif terhadap matawang Kiwi itu. Namun sebelum itu, NZD turut didagangkan bercampur-campur ekoran sentimen pasaran global semasa yang kerap berubah yang melibatkan pertukaran aliran dalam pasaran.

Secara teknikal, pergerakan harga bagi chart GBP/NZD pada minggu lalu dilihat agak mendatar di antara julat harga 1.93300-1.91700. Pada Jumaat lalu, harga membuat penurunan ke paras support 1.91700 di atas faktor nilai NZD yang menguat sekaligus menekan harga lebih rendah namun harga masih belum mampu menembusi (breakout) paras support tersebut. Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat membuat sedikit kenaikan walaupun pergerakan harga yang masih perlahan di awal minggu di mana harga semasa berada di sekitar paras 1.92400 setakat jam 5 petang. Jika harga membuat kenaikan, harga berkemungkinan akan kembali menguji paras resistance 1.93300 dan jika harga berjaya menembusinya (breakout), paras resistance seterusnya yang berpotensi dicapai berada di zon paras 1.94500. Namun, jika harga terus mengalami kejatuhan dan menembusi (breakout) paras support 1.91700, harga berkemungkinan turun ke paras support 1.90000 atau lebih rendah. Terus ikuti perkembangan pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga bagi GBP/NZD.

 

Paras support: 1.91177, 1.90621, 1.89533.

Paras resistance: 1.92821, 1.93909, 1.94465.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat