Analisis Teknikal GBP/NZD – Timeframe H1 – 30/8/2018

417

Pergerakan besar dapat dilihat pada sesi pasaran Asia hari ini melibatkan matawang NZD. Matawang Kiwi itu mengalami kejatuhan nilai setelah tinjauan oleh bank ANZ mecatatkan bacaan data keyakinan perniagaan jatuh ke paras terendah 10 tahun lalu. Ini akan memberikan lebih tekanan terhadap NZD dimana sebelum ini NZD melemah ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah dilanjutkan ke Setember 2020 serta jangkaan RBNZ terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan di New Zealand.

Namun sebelum itu, matawang GBP terlebih dahulu membuat kejutan dengan lonjakan nilai dalam pasaran mengatasi majoriti matawang utama yang lain. Matawang GBP sebelum ini dilihat berisiko dan didagangkan lemah telah menunjukkan perkembangan yang positif setelah komen yang dibuat oleh ketua perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier, yang menyatakan bahawa EU sedia menawarkan kerjasama dengan Britain yang belum pernah ditawarkan kepada negara lain.

Ini telah memberi keyakinan semula terhadap pelabur serta pasaran menjangkakan GBP akan kembali pulih pada September ini.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/NZD, harga bergerak di antara julat support dan resistance 1.93300-1.91700 sejak minggu lalu sehingga semalam (Rabu). Namun pada awal sesi pasaran New York dibuka semalam, harga telah membuat lonjakan setelah GBP menguat berikutan reaksi positif pasaran terhadap krisis Brexit yang mula menunjukkan perkembangan yang baik.

Harga telah menembusi (breakout) paras resistance sebelum ini di 1.93300 dan pada sesi pasaran Asia hari ini harga terus menyambung lagi kenaikan menembusi (breakout) paras resistance 1.94500 di mana harga semasa bergerak di sekitar paras 1.95400 setakat jam 5 petang. Jika momentum kenaikan harga diteruskan oleh GBP/NZD, paras resistance terdekat yang berkemungkinan dicapai adalah di paras 1.97700 atau harga mungkin kembali ke paras 1.94500 dahulu sebelum kembali meneruskan kenaikannya.

Sebaliknya, jika pergerakan harga melawan arah, support yang menjadi tumpuan adalah pada paras sebelum ini di 1.91700 dan jika harga berjaya menembusinya (breakout), paras support seterusnya adalah di sekitar paras 1.89300. Ikuti perkembangan krisis Brexit bagi terus memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/NZD.

Paras support: 1.92113, 1.90408, 1.89328.
Paras resistance: 1.94898, 1.95978, 1.97683.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat