Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 1/11/2018

392

Matawang GBP kembali melonjak pada sesi dagangan New York semalam setelah Setiausaha Brexit Britain, Dominic Raab memberikan komen positif yang mengatakan rundingan Brexit bakal mencapai persetujuan pada penghujung November ini. Oleh itu, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam, harga cuba melonjak melepasi paras SBR (support become resistance) 1.27900 namun pengukuhan matawang USD berjaya menekan semula harga ke paras lebih rendah dari paras lonjakan harga. Kenaikan harga telah melepasi paras Magic Pivot semalam dan cuba menuju ke paras resistance MagicR2 namun kembali menutup harga lebih rendah dari paras MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang memulakan dagangan sekitar paras Magic Pivot 1.2765 hari ini terus membuat lonjakan harga seawal sesi bermula dan telah pun berjaya melepasi paras resistance 1.2831 (MagicR1) sebelum mula bergerak mendatar pada penghujung sesi Asia. Jika matawang Sterling kembali mendapatkan semula keyakinan terhadap para pelabur, jangkaan harga akan membuat kenaikan menuju pula ke paras resistance pada 1.2895 (MagicR2). Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut untuk meneruskan lagi pendakiannya, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru di sekitar paras 1.2961 (MagicR3).

Namun, pasaran akan tertumpu pada data pekerjaan NFP pada Jumaat ini di mana matawang USD dilihat sedang berada pada momentum pengukuhan yang agak baik. Jika USD berjaya mengukuh berbanding Sterling dan berjaya menekan semula harga, jangkaan harga bakal turun dan bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2765 hari ini sebelum turun menguji paras support 1.27000 yang merupakan paras low semasa pada chart GBP/USD. Harga yang berjaya breakout paras tersebut untuk mencari paras lower low yang baru berkemungkinan menuju ke paras support 1.2634 (MagicS2). Penurunan harga yang berterusan boleh mencapai paras terendah baru sehingga mencecah ke support 1.2570 (MagicS3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang kembali memberikan gambaran positif dalam pasaran semasa dan juga dinasihatkan supaya anda lebih berwaspada menjelang data perkerjaan NFP Jumaat ini. Tentukan paras-paras terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart GBP/USD dengan berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2700, 1.2634, 1.2570.

Paras resistance: 1.2831, 1.2895, 1.2961.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat