Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 10/12/2018

302

Ketidaktentuan pada isu Brexit terus membelenggu matawang GBP untuk keluar ke zon selesa. Matawang Sterling terus didagangkan berisiko sehingga memasuki minggu pertama untuk bulan Disember berikutan kebimbangan pasaran terhadap jangkaan plan perjanjian Brexit oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May akan ditolak pada undian Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada esok hari, 11 Disember. Dengan matawang Sterling yang terus didagangkan lemah, harga pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan Jumaat gagal menunjukkan kenaikan setelah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat mencatatkan bacaan angka yang lemah. Harga yang membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot dilihat cuba untuk membuat kenaikan semula namun gagal ke paras lebih tinggi sebelum terus ditekan ke paras lebih rendah sehingga ke paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line untuk dagangan Jumaat lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, dengan kelihatan sedikit jarak (gap) pada pembukaan harga yang lebih rendah pada chart GBP/USD, harga membuat kenaikan seawal sesi bermula dan terus menuju ke paras Magic Pivot 1.2741. Jika harga terus membuat kenaikan sehingga melepasi paras resistance 1.2773 (MagicR1), kenaikan harga seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras resistance 1.2821 (MagicR2) yang berada di zon tumpuan harga dan diuji beberapa kali pada dagangan minggu-minggu sebelum ini. Dan sekiranya harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal menguji pula paras ketinggian pada resistance 1.2853 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga kembali didagangkan di bawah paras Magic Pivot hari ini semula, jangkaan harga akan menguji paras support 1.2694 (MagicS1) sebelum sedikit lagi penurunan dilihat akan mencecah ke paras support 1.2662 (MagicS2) di mana paras tersebut masih gagal ditembusi harga ketika diuji pada minggu lalu. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru berkemungkinan di sekitar paras support 1.2614 (MagicS3).

Nantikan keputusan undian Parlimen Britain yang dijadualkan berlangsung esok hari yang bakal memberi impak pada pergerakan harga pada chart GBP/USD. Kawal risiko dagangan anda dengan menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart GBP/USD dengan rujukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2894, 1.2662, 1.2614.

Paras resistance:  1.2773, 1.2821, 1.2853.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat