Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 11/1/2019

250

Matawang Sterling buat masa ini memegang status sebagai matawang paling berisiko apabila tumpuan utama pasaran adalah kepada isu Brexit yang membimbangkan pasaran. Perdana Menteri Theresa May telah kehilangan dua undian di Parlimen dalam masa dua hari ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap keputusan undian terakhir Parlimen Britain yang dijadualkan pada 15 Januari nanti. Pergerakan harga pada chart GBP/USD semalam dilihat membuat penurunan setelah USD yang mula untuk mengukuh semula menekan harga ke bawah paras Magic Pivot semalam sehingga ke paras terendah dagangan harian dicapai pada support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga kembali pantul semula ke paras Magic Pivot. Harga yang gagal membuat kenaikan kemudiannya dilihat bergerak perlahan di bawah paras Magic Pivot pada sesi pasaran New York sehingga dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak lemah di sekitar paras Magic Pivot 1.2757 hari ini dan menguji paras tersebut sehingga ke penghujung sesi. Jika harga berjaya membuat lonjakan melepasi paras Magic Pivot tersebut, harga dilihat akan menuju ke paras resistance terdekat dahulu yang berada di paras 1.2786 (MagicR1) sebelum lonjakan yang diteruskan harga bakal menuju ke paras resistance lebih tinggi iaitu pada 1.2831 (MagicR2) untuk harga mengatasi paras ketinggian yang diuji pada penghujung Disember lalu. Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi harga bakal menyentuh paras resistance pada 1.2861 (MagicR3) dan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan GBP/USD tahun ini.

Namun, jika Sterling terus didagangkan lemah dan pengukuhan USD berjaya menekan harga semula, harga bakal turun menuju ke paras support terhampir iaitu pada 1.2712 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan yang berjaya diteruskan harga akan menguji pula paras support pada 1.2682 (MagicS2) yang berada pada zon tumpuan harga pada chart GBP/USD sebelum ini. Dan penurunan lebih rendah harga akan menyaksikan harga cuba untuk mencapai paras terendah dagangan harian berkemungkinan ke paras sekitar 1.2638 (MagicS3) yang beberapa kali diuji harga sebelum ini.

Terus ikuti perkembangan Brexit bersambung pada undian Parlimen Britain minggu hadapan untuk keputusan penting Brexit yang akan memberikan impak besar terhadap pasaran. Beri tumpuan juga pada data GDP dan data pengeluaran kilang yang menjadi fokus pelabur pada jam 5.30 petang ini. Lihat paras-paras yang berpengaruh pada chart GBP/USD dan bandingkan dengan paras yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2712, 1.2682, 1.2638.

Paras resistance:  1.2786, 1.2831, 1.2861.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat