Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 12/10/2018

320

Sesi dagangan bagi matawang GBP semalam agak sederhana di mana pasaran masih tertumpu terhadap rundingan Brexit yang dilihat semakin hampir untuk mencapai persetujuan. Pergerakan harga pada chart GBP/USD pula dilihat bergerak di antara paras resistance MagicR1 dan Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam dan beberapa kali menguji paras 1.32000. Walaupun Brexit dilihat semakin optimis, pasaran tetap berwaspada terhadap sebarang kebarangkalian yang akan berlaku.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan di sekitar paras 1.32350 lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3217 hari ini. Harga yang sedikit membuat kenaikan akan menyentuh paras resistance yang berdekatan di paras 1.3257 (MagicR1) dan jika harga meneruskan lagi kenaikan, harga dilihat akan menguji paras resistance pada 1.3288 (MagicR2) yang berada pada zon ketinggian harga yang dicapai penghujung September lalu. Seterusnya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal membuat Higher High yang baru berkemungkinan ke paras resistance 1.3328 (MagicR3).

Sebaliknya, jika USD kembali mengukuh dan isu Brexit mula mendapat reaksi negatif dalam pasaran, harga bakal mengalami kejatuhan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 1.3186 (MagicS1) setelah harga melepasi Magic Pivot. Penurunan yang diteruskan kemudiannya dijangka akan ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 1.3146 (MagicS2). Seterusnya, harga yang masih menyambung penurunan yang dibuat dijangka akan menguji paras support 1.3115 (MagicS3) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support).

Terus ikuti perkembangan sentimen pasaran semasa dan juga rundingan Brexit yang dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat namun tetaplah berwaspada untuk sebarang kebarangkalian dalam pasaran. Lihat paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk anda menentukan paras terbaik pada setiap dagangan harian anda.

 

Paras support: 1.3186, 1.3146, 1.3115.

Paras resistance: 1.3257, 1.3288, 1.3328.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat