Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 13/12/2018

213

Matawang GBP kembali melonjak dari pada terendah 20 bulan pada dagangan Rabu setelah undian ‘tidak percaya’ (no-confidence) masih berpihak kepada Perdana Menteri Britain, Theresa May. PM May memenangi undian dengan jumlah 200 undi daripada 317 undian keseluruhan. Dengan itu dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD melonjak dari paras terendah dagangan harian melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line pada dagangan semalam. Lonjakan sehingga 190 pips kenaikan itu dilihat hampir menyentuh paras support MagicS2 namun harga kembali pantul semula pada penghujung sesi dagangan New York.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga kelihatan bergerak perlahan di sekitar paras 1.26200 iaitu paras resistance pada dagangan Selasa lalu. Sedikit lagi penurunan harga akan menyentuh paras Magic Pivot 1.2589 hari ini. Jika harga menyambung lonjakan yang dilakukan pada dagangan semalam, harga dilihat akan menguji paras resistance 1.2705 (MagicR1) yang bakal menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/USD. Harga yang meneruskan kenaikan melepasi paras tersebut dijangka akan menuju pula ke paras resistance yang berada di 1.2786 (MagicR2). Dan seterusnya, momentum lonjakan harga yang dikekalkan boleh mencapai paras ketinggian sehingga ke paras sekitar 1.2901 (MagicR3).

Namun, jika harga didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.2586 hari ini berkemungkinan faktor USD kembali mengukuh semula, harga dijangka akan menuju ke support 1.2508 (MagicS1) untuk menguji paras terendah dagangan semalam. Kemudiannya, harga akan meneruskan penurunannya menuju pula ke paras support lebih rendah di sekitar 1.2393 (MagicS2). Penurunan yang diteruskan akan menyaksikan harga terus mencari paras terendah yang baru dan berkemungkinan boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.2311 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan isu Brexit yang masih menjadi topik hangat dalam pasaran semasa di mana akan terus mempengaruhi nilai matawang Sterling dan juga pergerakan harga pada chart GBP/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan dalam analisis teknikal harian anda untuk mendapatkan peluang posisi dagangan yang terbaik.

 

Paras support: 1.2508, 1.2393, 1.2311.

Paras resistance:  1.2705, 1.2786, 1.2901.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat