Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 16/10/2018

267

Matawang GBP turut mendapat sedikit kelebihan di atas nilai matawang USD yang merosot walaupun masih dilanda kebimbangan terhadap ketidaktentuan Brexit di mana jika dilihat pada chart GBP/USD pada dagangan semalam, harga kembali membuat kenaikan semula dan telah menutup jarak (gap) perbezaan harga dibuka pada sesi pasaran Asia semalam yang agak besar. Para penganalisis dalam pasaran turut berpendapat pengukuhan Sterling semalam berkemungkinan faktor pelabur yang mengambil keuntungan dari posisi jualan GBP menjelang ucapan Perdana Menteri UK, Theresa May. Berdasarkan pada indicator Moshed Magic Line, harga telah melonjak melepasi paras support MagicS1 dan hampir menyentuh paras Magic Pivot semalam sebelum menutup harga di sekitar paras 1.31500.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan dan sedikit membuat penurunan ke paras Magic Pivot 1.3137 hari ini sebelum cuba membuat kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot, berkemungkinan harga akan pantul semula menyambung kenaikan yang dibuat semalam menuju ke paras resistance 1.3193 (MagicR1). Kemudiannya, harga dijangka akan meneruskan kenaikan untuk menguji paras resistance 1.3237 (MagicR2) dan pasaran menunggu sama ada harga berjaya membuat higher high yang baru atau sebaliknya. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencapai paras ketinggian terbaru berkemungkinan ke paras resistance 1.3293 (MagicR3) yang berada pada paras ketinggian yang dicapai harga pada September lalu.

Namun begitu, jika ketidaktentuan dalam rundingan Brexit kembali melemahkan keyakinan para pelabur, besar kemungkinan harga akan mengalami kejatuhan semula dan paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada paras support 1.3093 (MagicS1). Momentum kejatuhan harga yang diteruskan kemudiannya bakal melihatkan harga membuat penurunan ke paras support seterusnya yang berada pada paras 1.3036 (MagicS2). Seterusnya, pasaran akan melihat reaksi harga pada paras support 1.2993 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) jika harga masih meneruskan penurunan yang dibuat.

Ikuti perkembangan Brexit menjelang sidang kemuncak EU dan beri tumpuan terhadap kenyataan serta komen yang akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri May. Berpandukan paras-paras penting yang menjadi tumpuan harga pada indicator Moshed Magic Line, rancang sistem dagangan yang terbaik untuk diri anda.

 

Paras support: 1.3093, 1.3036, 1.2993.

Paras resistance: 1.3193, 1.3237, 1.3293.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat