Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 18/9/2018

385

Pada chart GBP/USD, pergerakan harga dilihat telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot dan telah melepasi paras resistance MagicR1 dan membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian pada Isnin iaitu pada paras sekitar 1.3163 yang mana hampir menyentuh paras resistance MagicR2. Harga kemudian didagangkan perlahan sehingga ke sesi pasaran Asia hari ini di mana harga semasa didagangkan pada paras sekitar 1.31570 setakat jam 2.34 petang.

Hanya sedikit kenaikan yang diperlukan untuk harga mencapai paras resistance 1.3187 (MagicR1) di mana paras tersebut juga dilihat berdekatan dengan zon resistance 1.32000. Jika harga membuat lonjakan dan breakout paras tersebut, harga dijangka akan melepasi paras resistance 1.3225 (MagicR2) sebelum menguji paras resistance seterusnya pada 1.3286 (MagicR3) di mana harga dijangka akan membuat paras ketinggian yang baru.

Sebaliknya, jika harga hilang kekuatan untuk naik lebih tinggi, jangkaan harga akan terjun melepasi paras Magic Pivot 1.3126 atau ke paras support terdekat iaitu pada 1.3089 (MagicS1). Di situ juga dikenalpasti sebagai satu paras RBS (resistance become support) yang sebelum ini menjadi paras tumpuan harga. Seterusnya, jika harga masih menyambung penurunan dan breakout paras RBS tersebut, harga berpotensi untuk membuat Lower Low yang baru menuju ke paras support 1.3027 (MagicS2) atau pada support 1.2990 (MagicS3).

Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan juga isu perang dagang antara Amerika Syarikat dan China berikutan siri serangan tarif yang semakin hangat dan menjadi tumpuan pasaran. Perhatikan paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan untuk analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3089, 1.3027, 1.2990.

Paras resistance: 1.3187, 1.3225, 1.3286.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat