Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 19/10/2018

267

Matawang GBP terus didagangkan lemah setelah data jualan runcit yang dikeluarkan petang semalam turut mencatatkan bacaan lebih rendah dari jangkaan. Selain itu juga, perhimpunan EU-UK yang berlangsung sehingga semalam gagal memberikan keputusan positif untuk Brexit seterusnya meningkatkan kebimbangan terhadap para pelabur. Oleh itu, dilihat pada chart GBP/USD harga telah menyambung penurunan pada dagangan semalam di mana harga telah menjunam lebih 100 pips dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan bersambung awal sesi Eropah di mana harga masih bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.3053 hari ini. Harga semasa didagangkan sekitar paras 1.30200 setakat jam 3.22 petang. Harga yang gagal membuat kenaikan hari ini besar kemungkinan akan menyambung semula penurunan yang dibuat semalam menuju ke paras support 1.2975 (MagicS1) sebelum penurunan harga seterusnya bakal menguji paras support 1.2936 (MagicS2). Paras support tersebut yang dilihat sebagai paras terendah yang dicapai harga pada bulan Oktober ini, di mana jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga bakal mencari paras lower low yang baru berkemungkinan ke paras support 1.2859 (MagicS3).

Namun, jika sebaliknya yang berlaku dalam pasaran dan harga kembali melonjak semula, harga dilihat akan naik melepasi paras Magic Pivot 1.3053 dan menuju ke paras resistance pada 1.3091 (MagicR1) terlebih dahulu. Seterusnya harga dijangka akan melonjak pula ke paras resistance yang berada lebih tinggi yang dilihat berada di 1.3169 (MagicR2). Sedikit tinggi dari paras tersebut pula terdapat juga paras resistance 1.3207 (MagicR3) yang berkemungkinan boleh dicapai oleh harga jika harga terus membuat kenaikan.

Terus mengikuti perkembangan rundingan Brexit yang dilihat masih belum berjaya mendapat keputusan yang boleh dipersetujui oleh semua pihak. Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin dengan menilai paras-paras terbaik pada chart GBP/USD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2975, 1.2936, 1.2859.

Paras resistance: 1.3091, 1.3169, 1.3207.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat