Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 20/12/2018

289

Walaupun matawang GBP dilihat bergelut untuk terus mengukuh dalam pasaran semasa, namun ketidaktentuan isu Brexit terus menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur. Di samping itu, matawang Sterling kembali terkesan ekoran data inflasi di Britain yang dikeluarkan petang semalam menunjukkan angka penurunan seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran sebelum ini. Tambahan lagi Sterling turut mendapat kesan setelah matawang USD kembali mengukuh setelah kenaikan kadar faedah yang diumumkan pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Oleh itu, jika diperhatikan pada chart pasangan matawang GBP/USD pada dagangan semalam, harga yang membuat kenaikan beberapa kali menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.26700 kemudiannya menunjukkan penurunan semula setelah gagal tembusi zon tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan sejak awal sesi bermula dan berada di bawah paras Magic Pivot 1.2630. Jika harga meneruskan penurunan yang dilakukan awal pagi tadi, harga berkemungkinan akan turun ke paras support terdekat sekitar 1.2583 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan yang ditunjukkan harga bakal menyentuh paras support pada 1.2558 (MagicS2). Dan sekiranya momentum penurunan harga terus dikekalkan, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.2510 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga menunjukkan kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menuju ke paras resistance 1.2656 (MagicR1) sebelum menguji zon SBR sebelum ini yang gagal ditembusi pada kenaikan semalam. Jika harga berjaya tembusi kenaikan pada paras tersebut, paras resistance pada 1.2703 (MagicR2) bakal diuji harga sebelum sedikit kenaikan lebih tinggi akan menyaksikan harga menguji pula paras resistance 1.2728 (MagicR3).

Untuk matawang Sterling, tumpuan hari ini akan terarah pada data jualan runcit di Britain yang akan dikeluarkan jam 5.30 petang ini manakala pada jam 8.30 malam pula, tumpuan utama adalah terhadap penetapan kadar faedah oleh Bank of England (BoE). Kawal posisi dagangan anda sebaik mungkin pada chart GBP/USD dengan rujukan pada paras-paras penting yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2583, 1.2558, 1.2510.

Paras resistance:  1.2656, 1.2703, 1.2728.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat