Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 22/10/2018

271

Secara keseluruhan, matawang GBP pada dagangan minggu lalu dilihat didagangkan lemah di mana jelas kelihatan penurunan harga yang dibuat pada chart pasangan matawang GBP/USD. Perkembangan rundingan Brexit masih kurang memberangsangkan ditambah pula dengan data-data ekonomi seperti data pekerjaan, inflasi dan jualan runcit di UK yang mencatatkan bacaan yang lemah, turut menyumbang kepada kemerosotan nilai Sterling itu sendiri. Pada dagangan Jumaat lalu, harga sedikit membuat kenaikan di mana harga telah melepasi paras Magic Pivot dan juga resistance MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum kembali turun semula dan menutup harga sedikit rendah dari paras harga 1.30700 untuk penutup dagangan minggu lalu.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih didagangkan perlahan pada permulaan sesi dan dilihat bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.3058 hari ini. Namun, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan pada awal sesi pasaran Eropah dimana harga telah berada di paras 1.30850 setakat jam 2.44 petang dan menuju ke paras resistance 1.3107 (MagicR1). Jika pada minggu ini pelabur kembali mendapat keyakinan terhadap Sterling, berkemungkinan harga akan melonjak melepasi paras resistance MagicR1 dan terus menyambung kenaikan menuju ke paras resistance yang lebih tinggi yang berada di paras 1.3152 (MagicR2). Seterusnya, pasaran akan menjangka harga menguji paras resistance 1.3201 (MagicR3) yang berada pada zon paras tumpuan harga jika harga terus mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat.

Namun, jika matawang terus didagangkan berisiko bersambung pada minggu ini, harga dijangka akan terus mengalami kejatuhan dan penurunan awal harga dilihat akan ke paras support 1.3014 (MagicS1) iaitu paras lower low pada Jumaat lepas. Jika harga berjaya turun lebih rendah melepasi paras tersebut, harga akan terus menuju ke support 1.2965 (MagicS2) sebelum penurunan harga boleh mencecah sehingga ke paras support 1.2920 (MagicS3) di mana pasaran akan melihat reaksi harga pada zon major support tersebut yang masih belum berjaya ditembusi harga sebelum ini.

Terus mengikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih belum mendapat kata sepakat oleh kedua-dua belah pihak dan kawal posisi dagangan anda pada chart GBP/USD dengan berpandukan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian.

 

Paras support: 1.3014, 1.2965, 1.2920.

Paras resistance: 1.3107, 1.3152, 1.3201.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat