Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 22/11/2018

171

Matawang GBP akan terus berada dalam tekanan selagi tiada rundingan yang jelas diperoleh dalam perjanjian Brexit. Mengeruhkan lagi keadaan, Kesatuan Eropah juga dijangka akan membatalkan sidang kemuncak khas Brexit yang dijadualkan akan berlangsung pada akhir bulan ini jika kesepakatan masih belum tercapai. Walaupun Perdana Menteri Britain, Theresa May terus meletakkan usaha yang tinggi ke atas rundingan Brexit itu, walau bagaimanapun masih belum mampu untuk meyakinkan para pelabur yang masih melihat dagangan GBP adalah berisiko dalam tempoh masa terdekat ini. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD untuk sesi dagangan semalam, harga bergerak lemah dan sesekali menguji paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam namun gagal membuat kenaikan lebih tinggi. Matawang USD juga didagangkan lemah setelah sentimen pasaran semasa kembali pulih dan permintaan terhadap matawang safe-haven USD terutamanya semakin berkurangan. Harga didagangkan mendatar sekitar paras 1.27700 pada penghujung sesi pasaran New York sebelum menutup dagangan juga di sekitar paras tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat masih bergerak perlahan dan menguji paras Magic Pivot 1.2785 beberapa ketika sehingga lewat sesi dagangan. Jika harga berjaya membuat kenaikan untuk dagangan harga lebih tinggi, paras resistance yang terdekat iaitu pada 1.2807 (MagicR1) dilihat paras awal yang akan diuji. Kemudiannya, harga akan meneruskan kenaikan ke zon SBR (support become resistance) berhampiran paras resistance 1.2840 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan harga yang berjaya diteruskan akan menguji pula paras resistance 1.2862 (MagicR3).

Namun, jika harga gagal melepasi kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2785, penurunan harga bakal menuju ke paras support pada 1.2751 (MagicS1). Kemudiannya harga akan turun pula menguji paras terendah semasa harga pada chart GBP/USD sekitar paras 1.2729 (MagicS2). Dan sekiranya, harga masih meneruskan momentum penurunannya, support yang lebih rendah iaitu pada paras 1.2696 (MagicS3) dilihat akan menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang terus memberi tekanan kepada Sterling dalam dagangan semasa dan mempengaruhi pergerakan harga pada chart GBP/USD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart GBP/USD untuk memudahkan lagi analisis teknikal hari anda.

 

Paras support: 1.2751, 1.2729, 1.2696.

Paras resistance:  1.2807, 1.2840, 1.2862.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat