Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 23/1/2018

804

Seperti jangkaan, harga GBP/USD berjaya untuk meneruskan pergerakan bullish semalam dengan mencapai target terhampir iatu ke sekitar 1.4000. Kenaikan ini direkodkan hampir 132 pips. Jadi secara teknikal, momentum wave masih dikuasai mood bullish ketika ini dengan terbentuknya new HH semalam.

Peluang re-entry yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar zone buy iaitu Key Support terhampir 1.3920/00 bagi membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.  Target terhampir adalah 1.4000 dan jika breakout ia akan bullish ke level resistance seterusnya. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, GBP/USD berkemungkinan akan menguji harga ke support seterusnya sebelum ia kembali bullish.

Oleh itu, sebelum memasuki pasaran pastikan anda mengira risk-reward, mengenalpasti  sentimen semasa bagi kedua-dua matawang ini dan juga pattern reversal yang berpotensi terbentuk di sekitar harga tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat