Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 23/10/2018

252

Perkembangan Brexit yang kurang meyakinkan melihatkan matawang Sterling terus mengalami kejatuhan nilai di mana berkemungkinan UK akan keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian. Rundingan masih diteruskan walaupun ucapan dari Perdana Menteri Theresa May belum cukup untuk meningkatkan keyakinan dalam memberi jaminan untuk satu perjanjian yang terbaik bagi semua pihak. Selain itu juga, ketidaktentuan politik di UK turut menjadi faktor penurunan nilai matawang GBP. Secara teknikal, dilihat pergerakan harga pada chart GBP/USD untuk dagangan semalam, harga telah membuat terjunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 dan harga mula bergerak perlahan pada lewat sesi pasaran New York sebelum menutup harga di sekitar paras tersebut.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, pergerakan harga dilihat perlahan pada permulaan sesi dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.2999 hari ini. Jika GBP terus didagangkan lemah, besar kemungkinan harga akan menyambung semula penurunan dan menuju ke paras support 1.2912 (MagicS1) dan melepasi paras rendah yang dicapai harga pada Oktober lalu. Seterusnya, penurunan harga akan membuat lower low yang baru berkemungkinan ke paras support yang lebih rendah iaitu pada 1.2867 (MagicS2). Jika Sterling terus gagal menghentikan momentum kejatuhan harga, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras support 1.2780 (MagicS3) untuk menguji zon major RBS (resistance become support) tersebut.

Namun, dari perspektif yang lainnnya, harga boleh kembali melonjak semula jika rundingan Brexit memberi berita yang positif untuk pasaran semasa. Harga boleh membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.2999 sebelum meneruskan kenaikan menuju ke resistance 1.3044 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya perlu menguji terlebih dahulu paras SBR (support become resistance) pada 1.30700 sebelum harga meneruskan kenaikan menuju ke paras 1.3131 (MagicR2). Paras resistance pada 1.3176 (MagicR3) pula dilihat sebagai destinasi seterusnya yang akan dituju harga jika harga masih mengekalkan kenaikan yang dibuat.

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang sedikit menjejaskan nilai matawang GBP buat masa sekarang. Ambil tahu juga kesihatan ekonomi di UK dalam anda memantau pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD. Lihat paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart GBP/USD dengan berpandukan paras harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.2912, 1.2867, 1.2780.

Paras resistance: 1.3044, 1.3131, 1.3176.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat