Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 24/10/2018

225

Perkembangan Brexit sedikit positif pada sesi pasaran Eropah membantu matawang Sterling untuk melonjak dan membuat kenaikan pada chart pasangan matawang GBP/USD. Namun harga kembali membuat penurunan pada sesi pasaran New York di mana pelabur sedikit berhati-hati ke atas dagangan GBP menjelang mesyuarat bersama ahli parlimen Konservatif yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Theresa May. Harga dilihat membuat kenaikan dari paras terendah sekitar hampir 1.29300 dan melepasi paras Magic Pivot sehingga menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum menutup harga lebih rendah dari paras Magic Pivot semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak sangat perlahan di bawah paras Magic Pivot 1.2985 hari ini dan cuba untuk menguji paras tersebut. Jika harga gagal menembusi paras Magic Pivot untuk ke paras lebih tinggi, jangkaan harga akan turun semula untuk menguji paras support pada 1.2928 (MagicS1) dan cuba untuk mengatasi paras terendah harga semalam. Seterusnya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan menuju pula ke paras support 1.2878 (MagicS2) sebelum penurunan harga yang lebih rendah berkemungkinan mampu mencecah sehingga ke paras 1.2821 (MagicS3).

Namun, jika GBP terus didagangkan positif, harga dilihat akan membuat kenaikan menuju ke paras resistance 1.3036 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga semalam. Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan bakal melihatkan harga menguji pula paras resistance 1.3093 (MagicR2) yang berada pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Dan sekiranya harga masih mengekalkan daya lonjakannya, berkemungkinan paras resistance pada paras 1.3144 (MagicR3) mampu dicapai harga.

Terus mengikuti perkembangan isu Brexit di mana terkini, Kesatuan Eropah bersedia untuk menawarkan penyelesaian terhadap isu sempadan Ireland dan perkara tersebut masih dalam perbincangan. Kawal posisi dagangan anda pada chart GBP/USD supaya risiko dalam dagangan sentiasa terkawal. Rujuk indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan untuk memudahkan analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.2928, 1.2878, 1.2821.

Paras resistance: 1.3036, 1.3093, 1.3144.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat